Tuesday, December 28, 2010

Bola Sepak

Lepas baca balik blog ini,
saya sedar akan bahasa org putih yg sering saya gunakan.
Jadi mengambil kesempatan ini,
Saya ingin cuba utk blog dalam bahasa sendiri.
Ada rasa sedikit kekok kerana tak biasa,
Tapi tak cuba maka tak tahu (suka hati aku je)

Sejak dua menjak ni,
aku dah makin gilakan bola.
Kalau selalu, dapat remote je mesti aku tukar 711.
Tapi skrg mesti nak pergi 813 dulu.

Secara jujurnya, aku semakin minat kat pasukan Harimau Malaya kita.
Suka tgk kepelbagaian kaum dalam satu pasukan,
tapi yg penting dari jurulatih sampai pemain,
semuanya buatan Malaysia.

Banyak sebab aku sokong Harimau Malaya,
-Sbb utama mestilah sbb aku ni org Malaysia.
-Org tak blh kata aku suka bola sbb lelaki atau nak nmpk cool, yelah, cool manalah sgt minat harimau malaya ni kalau nak dibandingkan dgn chelsea, man.utd atau arsenal.
-Pemain kita ni sebenarnya bagus bagus. Cuba bygkan dorg tgh main utk Barclays atau worldcup, mesti korg dah tabik. Terutamanya Norshahrul Idlan Talah, dia ni dah mcm Messi Melayu ;D
-Dah nama perempuan, mestilah aku suka pemain kita sbb dorg ni kacak dan bertubuh kental. Cuma agak tua utk aku :)

Malangnya, setiap perkara pasti ada pelbagai pandangan yang berbeza.
Penyokong Indonesia yang tidak dapat terima kekalahan mereka tlh byk menaburkan fitnah kepada pihak Malaysia.
Ada yang kata Malaysia gunakan dukun. Walhal, berdasarkan kepada filem-filem Melayu, kebanyakkan bomoh di Malaysia dtgnya dari Indonesia.
Ada yang kata malaysia tlg menaburkan serbuk yng menyebabkan Markus, penjaga gol Indonesia gatal-gatal. Hmm, yang ni paling karut.
Ada pula yang kata penyokong Malaysia sendiri tidak percaya dgn kemenangan Malaysia. Mana ada, saya percaya. Sebelum perlawanan lagi saya rasa Malaysia akan menang.

Namun, Rajagobal menyakinkan kita bahawa pasukan megara tidak akan 'walk-out' atau meninggalkan permainan seperti yg diancam oleh pemain indonesia.

sumber dari kompas.com

Tapi Alhamdulillah, sekarang ni, Malaysia sudah mendahului dengan 3-0.
InsayAllah, kita menang.
Tapi jgn cepat tabik dada,
Malang tak berbau, kita doa lah beramai-ramai.

No comments:

Post a Comment